SEJARAH SEKOLAH
|
TAHUN
|
PERISTIWA
|
|
1982
|
SK Berapit telah diasaskan dengan nama SK Tikam Batu Cawangan dan
ditadbir oleh guru besar SK Tikam Batu induk iaitu En Shuib b. Shawal pjk.
SK Tikam Batu Cawangan ini mula beroperasi dengan 5 buah kelas, 3
kelas tahun 3 dan 2 kelas tahun 6. Seramai 250 orang murid, 6 orang guru dan
seorang pekerja am.
|
|
1 Apr 1984
|
SK Tikam Batu II telah ditubuhkan. Guru besar pertama ialah Tuan Haji
Abu Bakar bin Daud. Bilangan murid sulung pada masa itu hanya 106 orang iaitu
terdiri daripada murid-murid tahun 1,2 dan 3 yang dibimbing oleh 6 orang guru
terlatih
|
|
1987
|
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK TikamBatu II telah mengusulkan
supaya nama sekolah ini ditukar kepada SK Berapit berlandaskan beberapa faktor tempatan
|
|
12 Disember 1987
|
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah meluluskan pertukaran nama SK
Tikam Batu II kepada SK Berapit.
|






0 comments:
Post a Comment